Saturday, 12 November 2016

Aku Masih Disini lyrics

AKU MASIH DISINI
Lenaku dibuai
Bayangan seribu bintang
Kasih tertumpah dibingkai awan
Demi kemilau sang mentari
Yang tak bisa mengerti
Biar ku titipkan
Keperihan pelayaran
Hingga terdaya ku melafazkan
Salju sebening kasihku
Kepada mu oh kekasih
Ingin ku buktikan
Keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki Sepenuhnya nirwanaku
Oh... pedihnya terpanah arjunamu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora rintihan asmaramu
Di pelantar rindu yang menghempas
Namun kerana tulusmu
Masih mampu aku berdiri
Demi naluri yang sama
Kita masih di sini
Demi naluri aku masih di sini


  
Assalamualaikum. Terima kasih menghubungi kami Apartment at Glory Beach Resort. Utk maklumat lanjut Apartment / Homestay kami. Tuan/Puan boleh rujuk di FB kami - tg Kudin ~ Page "Our Glory Beach Resort" atau Blog Kami ~ http://norashiddinhomestaypd.blogspot.my / atau Booking.com – Apartment at Glory Beach Resorthttp://www.booking.com/hotel/my/glory-beach-resort-port-dickson.ms.html?aid=332604;label=tripad-my-25571;sid=533763dcee832fdf1f7df89a3bfd3cfa;sb_price_type=total;type=total& HARGA KAMI – GLORY BEACH RESORT Apartment 3 bilik  (2+1) dgn 2 bilik air - RM350/Semalam
 Direct sea view + View Pool Glory Beach Resort
 Apartment 2 bilik (1+1) dengan 1 bilik air - Sea view / RM250/Semalam
 Note Pembatalan tempahan BOLEH dibuat 7 hari dari tarikh check in dan DEPOSIT akan dikembalikan

 Jazakallah / Terima Kasih




Monday, 7 November 2016

Tercekik

Pengenalan
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu tercekik
Kanak-kanak mungkin akan mengalami:
  • Sesak nafas secara tiba-tiba.
  • Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
  • Menggenggam kerongkong.
  • Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
  • Bernafas dengan cepat.
  • Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
  • Pengsan.
  • Berhenti bernafas.
Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami :
  • Batuk yang berterusan.
  • Termengah-mengah.
  • Tiada apa-apa tanda.
Komplikasi
  • Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
  • Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
  • Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak.
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik?
Langkah-langkah jika anak anda tercekik :
  1. LAKUKAN :
    • Tunggu sehingga mangsa batuk.
    • Minta bantuan.
    • Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
    • Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
  1. JANGAN :
    • Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
    • Mendongakkan kepala mangsa.
Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.
BAGI KANAK-KANAK DEWASA
  • Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
  • Posisikan badan anda di belakang mereka.
  • Lakukan Heimlich manouvre.
Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).

Langkah-langkah pencegahan :
  • Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain.
  • Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan.
  • Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
  • Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung.
  • Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak.
  • Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.
Penulis: Dr. Norraliza Md Zain
Penyemak: Dr. Fuziah bt. Md. Zain
Sumber:http://www.myhealth.gov.my/tercekik/



Assalamualaikum.
Terima kasih menghubungi kami Apartment at Glory Beach Resort. Utk maklumat lanjut Apartment / Homestay kami. Tuan/Puan boleh rujuk di FB kami - tg Kudin ~ Page "Our Glory Beach Resort" atau Blog Kami ~ http://norashiddinhomestaypd.blogspot.my / atau Booking.com – Apartment at Glory Beach Resort
http://www.booking.com/hotel/my/glory-beach-resort-port-dickson.ms.html?aid=332604;label=tripad-my-25571;sid=533763dcee832fdf1f7df89a3bfd3cfa;sb_price_type=total;type=total&

 HARGA KAMI – GLORY BEACH RESORT
 Apartment 3 bilik  (2+1) dgn 2 bilik air - RM350/Semalam
 Direct sea view + View Pool Glory Beach Resort
 Apartment 2 bilik (1+1) dengan 1 bilik air - Sea view / RM250/Semalam

 Note
 Pembatalan tempahan BOLEH dibuat 7 hari dari tarikh check in dan DEPOSIT akan dikembalikan

 Jazakallah / Terima Kasih