Monday, 7 November 2016

Tercekik

Pengenalan
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu tercekik
Kanak-kanak mungkin akan mengalami:
  • Sesak nafas secara tiba-tiba.
  • Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
  • Menggenggam kerongkong.
  • Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
  • Bernafas dengan cepat.
  • Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
  • Pengsan.
  • Berhenti bernafas.
Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami :
  • Batuk yang berterusan.
  • Termengah-mengah.
  • Tiada apa-apa tanda.
Komplikasi
  • Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
  • Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
  • Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak.
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik?
Langkah-langkah jika anak anda tercekik :
  1. LAKUKAN :
    • Tunggu sehingga mangsa batuk.
    • Minta bantuan.
    • Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
    • Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
  1. JANGAN :
    • Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
    • Mendongakkan kepala mangsa.
Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.
BAGI KANAK-KANAK DEWASA
  • Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
  • Posisikan badan anda di belakang mereka.
  • Lakukan Heimlich manouvre.
Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).

Langkah-langkah pencegahan :
  • Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain.
  • Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan.
  • Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
  • Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung.
  • Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak.
  • Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.
Penulis: Dr. Norraliza Md Zain
Penyemak: Dr. Fuziah bt. Md. Zain
Sumber:http://www.myhealth.gov.my/tercekik/



Assalamualaikum.
Terima kasih menghubungi kami Apartment at Glory Beach Resort. Utk maklumat lanjut Apartment / Homestay kami. Tuan/Puan boleh rujuk di FB kami - tg Kudin ~ Page "Our Glory Beach Resort" atau Blog Kami ~ http://norashiddinhomestaypd.blogspot.my / atau Booking.com – Apartment at Glory Beach Resort
http://www.booking.com/hotel/my/glory-beach-resort-port-dickson.ms.html?aid=332604;label=tripad-my-25571;sid=533763dcee832fdf1f7df89a3bfd3cfa;sb_price_type=total;type=total&

 HARGA KAMI – GLORY BEACH RESORT
 Apartment 3 bilik  (2+1) dgn 2 bilik air - RM350/Semalam
 Direct sea view + View Pool Glory Beach Resort
 Apartment 2 bilik (1+1) dengan 1 bilik air - Sea view / RM250/Semalam

 Note
 Pembatalan tempahan BOLEH dibuat 7 hari dari tarikh check in dan DEPOSIT akan dikembalikan

 Jazakallah / Terima Kasih


No comments:

Post a Comment